Sunday, 2 December 2012

jyeahhh!!!

assalamualaikum... lame sungguh aku x bukak blog aku ni,,, hadoihh! agakny busy ape la kann aku ni,, *ashimm!! * haaa.. you see.. dah berhabuk sgt dah.. siap ade sawang lagi td..okayy! now aku berada di tanah tumpah airkuu.. SARAWAK!! jyeahhhh... 
cantikk kannn.. proud to be sarawakian.. lagi beberapa hari aku masuk semester 4 tp tak aku akan sambung di sarawak meh,, 17/12/12 akan bermula nya praktikal atau latihan industri aku selama 6 months and 2 months holiday,, tp rasenya,, xde ny nak cuti,, mesti nak kenen siapkan report li nanti,, punya laa byk,, steady za.. rilex sudah,, haha. insyaAllah xde mslh,, kau boleh za...hmm.. but there's something that make me sad.. sob sob.. TT 8 months tu jugak laa aku xjumpa Mr. W aku yg tersayang ni,, hmmmmmm... xpee. utk mse depan,, kann kan,, 
act.. byk lagi yg aku nk critakan... hmmmm.. kte sambung nezt entry yeahhh,,, bye,, i love Mr. W so much... 

Thursday, 21 June 2012

melting..

story about melting ni, perghhh.. bukan kecairan wang, kecairan ais, tidak tidak, tapi kecairan ha bila tengok dorang ni,. gadis gadis kat luar sane mesti tahu,kenal dengan dorang ni, jap tauu.. aku tunjuk, hehe
aku suka style dorg, genre kagu yg dorg bawak, dengan kecomelan yang dorang ade,senang betul nak popular kann.. tahniah.. 
kalau ade gadis kat luar sane cakap dorang ni takde power kat wajah memang menipu ahh, *penipu besar* haha, act aku teringn giler nak jumpa dorg.. hope one day, so, *kau kene bekajar bersungguh2 lahh,jgn main2* aminn`
tapi..
banyak banyak dorang aku paling suka yang sorang ni, perghh, comel dowhh. haha
LIAM PAYNE !! i love you, hehe. 
macho lah awak, hehe, syg awak tauu,, comel kann, sesuai dgn aku *perasan*hewhew..
aduii, suka tgk dia senyum.. *melting dah ni*. haishhh.mate dia same macam mate aku, hehe
ha. bmy blog background pun lagu dorang tau, forever young by one direction. enjoy2 lah ye sambil bace entry aku yang tak seberapa ni, yg sengaja menggediks, haha.
n lastly, aku dah byk sangat mencarut ni, hehe
omaigodd! he says he love me?? i love you too liam. hahha, perasan nye kau, hahaha hope one day boleh jumpa dorang ni ha, terutama kau LIAM!!
one direction has made me smile,laugh and believe in my dreams. but most of all, they made me proud of being directioner. .
wahhh! haha, ape2.. boleh lah singgah2 kat shoutbox di tepi tu.sebelah kanan. nampak tak ?? 
tinggalkan link blog anda, u follo me , i will follo you back, tq, :)
thank you,
bye bye.
nak keluar date dengan Liam Payne satg, haha. :)

Monday, 18 June 2012

EURO 2012

hyep hyep hello ! macam yang korang tau sekarang semua orang demam BOLA ! musim EURO katakannn.. anyway, ade orang pandang remeh bila ade permpuan ni minat dgn BOLA. salah ke ? tak salah kann.. tak dosa pun. aku cakap camni sebab aku tau aku minat bola sesangat, haha, sorry pada yang terasa, :) tapi aku tak peduli ape orang nak kata, janji aku boleh senyum terus, hehe, balik pada team yang aku support utk EURO 2012 kali ni, aku sokong GERMANY !! yeahh yeahh, go go GERMANY !
aku sokong germany bukan sebab pemainnya hensem, tak tak tak same sekali, tapi adelah jugak, sikit je, tak byk, aku memang suka team ni dr dulu lagi laaa.. GOMEZ ! OZIL ! SAMI ! TONI KROOS ! THOMASS MUELLER ! nak senaraikan semua ke,, errr.. not bad. haha coach dia hensem ape, haha. JOACHIM LOW !!
ha ha ha, tgk tuu, dorang tgk ape.. *AKU SYG DORANG NI SGT2* haha, dorang pun syg aku tauu,, hewhew.aku tetap sokong germany. hopely EURO 2012 kali ni, GERMANY WILL WIN !!! dorang punye kedudukan pun sekarang ni tempat teratas sekali dalam kumpulan A dgn memungut 9 mata. portugal kalah laa. hahah..amin amin banyak banyak kali.. ^^ selamat tggal kau SPAIN, PORTUGAL... hahaha *blah blah MR . W. hahaha. spain kalah. (Y terbalik) haha
and aku sebagai penyokongnye ,so aku esited la ea ea, aku ade, kau ade ?? takde kann,, haha,, 
haaa.. ni lah oranye yang esited sangat dengan GERMANY tu, comel kan kan ? hahah *perasan* hye MR. W hewhew. :)
dia siap pakai baju germany lagi tu, esited teramat2 lah tu kannn kann..
ha, ni pulak rakan rakan aku kat luar negara sane sokong GERMANY bukan main semangat lagi. *menipu* haha nak conteng-conteng jugak laa.. hehe. *aku suka enjoy* ikut suka aku lah nak buat pae kannnn..
n lastly, sangat2 mendoakan tahun ni euro germany menang. aminnnnn lagi,, hahaha
germany tetap germany la ea.
GERMANY THE BEST EVER AND EVER !
semoga jodoh kita berkekalan. amin` haha
assalamualaikumm..



Saturday, 16 June 2012

kisah aku dan dia

assalamualaikum. bicara di mulakan dengan salam, nampak wajah baru my blog, tak sangka, thanks ar to KEWNIT !! haha. kmk syg ktk ! haha. ?? blog pun bersawang, berhabuk setelah lama di tinggalkan. hasimmmaa! ha ha ha, u see. debu byk, hmm *gosokhidung* and TIBA_TIBA jari jemari aku malam ni kerajinan nak menaip naip, ACT! kalau korg nak tau, aku baru habis buat asaimen. susah giler, perah otak sungguh-sungguh aku dibuatnye, FINANCIAL PLANNING for my family, dlm asaimen tu aku berstatus MARRIED !! woww. bila aku nak kawin betul2 ni??, hahaha. *mengade-ngade lah kau mici* hahaha and and *sambung balik* have one CHILD !haha, happy nye. mesti comel baby aku tu,baby aku okay! bukan korang punye, Kau Ade? Aku Ade.. hahaha,
 segala perancangan kewangan aku kasi hentam saja, tak tau betul ke tak, sebetul-betulnye, aku tak suka perdagangan! aku terpaksa ambik!! wuawua,, *lap air mata* tak ngs pon lahh, haha, berbalik kepada cerita sebenar yang ingin aku story story pada pelawat my blog, korg tau tak dulu dulu dulu aku sangat mengimpikan seorang lelaki bermain guitar di depan aku,, maigod. romantic , sampai sekarang aku impikan semua tu, *GUITAR beb* 
hopely ade lah yang sudi one day nanti.. hehehe, aku sudi menunggu. sebab tu dahulu aku pernah belajar memetik guitar! ohh guitar berbunyiiiii ... upps! ternyanyi pulak.. tetapi sob sob, aku lupa dah semuanya, haihh, byk sgt mkn semut kod. kannn.. and hopely one day my future is apa yang aku impikan jadi kenyataan, aminn. haha, hmm, tiba_tiba sedih, im NOT SURE, adakah HATI aku dah di grab oleh dia. tp aku rase gelisah , sedih, bila tak text dia, tak tau ape dia buat, tak tgk dia, aku akan stalk ape2 laman dia asalkan aku tahu apa dia buat, kadang2 aku nampak benda yang buat aku cemburu, knp aku CEMBURU ?
 haishh, *ade pengakuan di situ, malunyeee. @_@ *tutup hidung tekup muka guna bantal* sudah sudah, byk dah merapu_rapu. bebel bebel ni woi, sampai sini sahaja pengakuan isi hati dr saya micibes, just call me aiyza,! aku syg kau capital W !!
 hahaha *smilesmile manis macam gula_gulaa, baibaibai good bye!! hehehe

insan teristimewa

aku tujukan lagu ni pada seseorang yang istimewa bagi aku, aku hargai segala apa yang dia lakukan untuk aku ,cara dia layan aku,cara dia hiburkan. seronok!! haha. thanks tau awak., aku janji syg dia smpai bila2 , *blushing*haha, jgn ngs-ngs ea, dgar lagu ni, hope dia always ingt aku, aminn~ semoga aku akan sentiasa berada dalam hati nya terus. baiii.. *lari lari. malu malu, hahaha :)*lari sambil tutup hidung* bye again. IM IN LOVE !!!
sttt. diam diam. hewhew ^^ aku bagi sekali liriknye ye,, hayatilahh,

 CINTA BERSATU 

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku
Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

bye bye bye.

Tuesday, 1 May 2012

yoohaaaa..

selesai untuk semester 2. alhamdulillah. :D mcm_mcm bda yg berlaku sepanjang sem ini, baik yg manis mahupun pahit. namun hadapi dengan senyuman.. yeahh! proud to be student. hewhew.. menjawab soalan final dgn hati yang begitu gumbira sekali, markah PB sem ni meningkat dr sem 1, seperti yang tidak di sangka, haha, terbuktilahh.. bda yang berlaku mse sem 2 ni menguatkan lagi semngat ku untuk berjuang lagi, and harap_harap pointer utk sem ni meningkat ! aminn~ ade ganjaran kot kalau pointer melebihi apa yg di target kan. doakan.. hehehe. act, sem ni ambik short sem, but its okay. ade lah jugak cuti 2 mggu, nak balik sarawak my village there. :( rindu tangat_tangat my fmly,, :'( xpe2. raye nanti balik laa.. ambik cuti extra. hahaha, n lastly, thanks for org_org yg bg support spnjang sem ini, alhamdulillah, syg korang.love you..good bye ! semoga hari ini lebih baik dr hari esok. aminn..

Sunday, 15 April 2012

kenali personaliti diri

meh, nak kongsi sikit, hehe. bace jgn tak bace. tetapi berdasarkan bulan kelahiran aku, ade yg betul ade yg salah,byk yg  hampir2 ar hewhew..betul atau tidak, bace je then nilai sendiri,, hehe 
GUD LUCK !!
JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja
OGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik